Popular Posts

Friday, January 23, 2009

23 JANUARI 2009 - AKTIVITI SURAU AL-FAIZIN - GOTONG ROYONG MENGECAT REHAL





23 JANUARI 2009 - CERAMAH ANDA BIJAK JAUHI ZINA . PENCERAMAH ; USTAZAH YASIRAH YAZID


23 JANUARI 2009 - PROGRAM KEPRIHATINAN GAZA KEWAJIPAN KEMANUSIAAN


CERAMAH KEPRIHATINAN GAZA
OLEH USTAZAH YASIRAH YAZID




SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN
DIPIMPIN OLEH USTAZ MOHD RIFQI MYIDDIN









LAPORAN PROGRAM KEPRIHATINAN GAZA KEWAJIPAN KEMANUSIAAN



MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 16 JANUARI 2009

HARI : JUMAAT


MASA : 7.20-8.20 pagi


TEMPAT : DATARAN KEJAT ( Pelajar Islam )


DEWAN ( Pelajar Bukan Islam )


ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI




LAPORAN PROGRAM




PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN KEPRIHATINAN GAZA BAGI PELAJAR ISLAM



Program Solat Hajat telah dijalankan di Dataran Kejat terdiri daripada para guru dan pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5. Solat hajat ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Ia dijalankan sebagai satu usaha warga sekolah menunjukkan keprihatinan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin. Program di akhiri dengan tazkirah ringkas yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi.




CERAMAH KEPRIHATINAN GAZA BAGI PELAJAR BUKAN ISLAM



Ceramah mengenai keprihatinan Gaza kepada para guru dan pelajar bukan Islam Tingkatan 3. 4 dan 5. Ianya disampaikan oleh Ustazah Yasirah bt. Yazid. Para guru dan pelajar bukan Islam ini didedahkan dengan sejarah kaum Yahudi, bentuk-bentuk penindasan dan kekejaman yang telah dilakukan ke atas rakyat Palestin. Ceramah disampaikan dengan menggunakan powerpoint dan diselangi audio dan video berkaitan.




PENUTUP



Semoga program ini dapat menanamkan sikap prihatin warga SMK Taman Universiti terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin dan mendidik jiwa kita bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikecapi di bumi Malaysia.




Disediakan Oleh : Tarikh : 19 JANUARI 2009

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI



Friday, January 9, 2009

9 JANUARI 2009 - CERAMAH MAAL HIJRAH 1430H - PENCERAMAH : USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN























LAPORAN PROGRAM CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1430H




MAKLUMAT PROGRAM



TARIKH : 9 JANUARI 2009


HARI : JUMAAT


MASA : 7.20-8.20 pagi


TEMPAT : DATARAN KEJAT ( Pelajar Islam )


PENCERAMAH : USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN


ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI





LAPORAN PROGRAM




PROGRAM CERAMAH MAAL HIJRAH


Program ceramah mengenai hijrah baginda Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Ianya dijalankan di Dataran Kejat semasa program Budaya al-Quran pagi jumaat. Mereka yang terlibat ialah para guru sesi pagi dan pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5.




PENUTUP



Semoga program ini dapat menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah dan sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan agama Islam.




Tarikh: 12 JANUARI 2009

Disediakan Oleh :

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI




Thursday, January 1, 2009

TAHUN 2009 - AKTIVITI BADAN DAKWAH DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG TAHUN 2009



Ahlan Wa Sahlan ke Blog Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Universiti, Johor Bahru.

Blog ini merupakan salah satu wadah untuk kita semua sama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan agar dapat dimanfaatkan bersama.

KERTAS KERJA DASAR BAGI AKTIVITI
BADAN DAKWAH &
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEPANJANG TAHUN 2009